SIHAT DENGAN YOGA: TAMPAK CERGAS DAN CERIA
DI ZAMAN moden seperti ini, manusia sering terdedah pada
ketegangan minda, kesesakan penambahan penduduk dan pencemarah alam sekitar.
Malah, kadar kehidupan yang bergerak pantas menjadikan mereka tidak mempunyai
banyak waktu untuk beristirehat. Ini menyebabkan manusia sentiasa berusaha
untuk mencari suatu gaya hidup sihat bagi mengurangkan kesan negatif terhadap
kesihatan dan kesejahteraan hidup. Yoga merupakan salah satu pilihan utama yang
disyorkan bagi maksud mengurangkan kesan yang tidak sihat akibat realiti
kehidupan di zaman moden ini. Beberapa kajian di seluruh dunia telah
membuktikan secara kukuh bahawa amalan yoga secara tetap dengan cara yang betul
boleh meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga dapat mengelakkan daripada serangan
penyakit serius. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan
untuk lebih memahami kebaikan yoga dalam kehidupan anda. Yoga pasti memberikan
anda suatu kepuasan baru ke arah kehidupan yang lebih sihat dan ceria.
TITLE : SIHAT DENGAN YOGA: TAMPAK CERGAS DAN CERIA
ISBN : 9789831243756
AUTHOR : HAZIRA
HAMSAH
PUBLISHER : ALAF 21
PAGES : 104
YEAR PUBLICATIONS : 2008
WEIGHT : 0.2 KG