KEBANGKITAN KHALIFAH AKHIR ZAMAN DARI TIMUR
RM35.12
RM43.90
Dalam buku edisi ini, dipaparkan, Kebangkitan Islam yang bakal terjadi pada Akhir Zaman, yang telah disebut dan disyaratkan oleh Nabi Saw dalam hadis dan oleh para sahabat dalam athar mereka. la terdapat dalam riwayat yang amat mashur sekali, la bukan suatu ramalan, tetapi suatu isyarat Nubuwwah, suatu yang dijanji Allah yang pasti terjadi. Jika kita amati urutan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi sejak kewafatan Nabi Saw, jelas bahawa dunia terus disi oleh "Jadual Allah" menepati yang termaktub di Luh Mahfuz, ada yang belum terjadi, tetapi petandanya telah mula terjadi peringkat demi peringkat. Apa yang termaktub di Luh Mahfuz merupakan "grand designed* Allah yang bersifat *Al-Qayyum* sentiasa mengurus dan mentadbir alam dan makhluk milik-Nya. Selaku umat Islam, menjadi tanggung jawab kita yakin dan bertindak mengisi Jadual Allah bagi menyediakan asas atau tapak bagi kebangkitan itu.
Dalam buku ini dinukilkan hadis dan athar yang mengisyaratkan bahawa Kebangkitan Islam Akhir Zaman diterajui oleh golongan dan tokoh-tokoh yang telah mashur disebut oleh Nabi Saw. Mereka yang berperanan itu adalah seperti Al-Ikhwan, Al-Rufaaqa, Wali Abdal, Al-Hasyimi, Harith Al-Harras, Al-Mansur, Al-Asoib, As-Salam dan lain-lain termasuk khusus-nya Pemuda Bani Tamin, tokoh yang disebut sebagai *Pemegang Panji-Panji Hitam" yang lebih dahulu menguasai "Daulah Islamiah" yang kemudiannya diserahkan kepada Khalifat Akhir Zaman, iaitu *Imamul Mahdi". Selepas itu Daulah Islamiah disambung oleh Nabi Isa (as). pembunuh Dajjal dan pembasmi sistem dajjal yang diterajui oleh golongan Yahudi-Zionis sekarang ini. Dunia yang penuh dengan huru-hara, setelah terbunuhnya Daijal dan sekutunya hancur, maka kembali menjadi aman, Islam mendominasi semula dunia dengan "Sistem Kekhalifahan" hinggalah terjadi kiamat. Segala-galanya dipaparkan dalam buku ini yang anda perlu baca.
