Tags: General
Dinamika Wacana Politik Malaysia dan Global
"Buku ini bertajuk DINAMIKA WACANA POLITIK MALAYSIA DAN GLOBAL yang bermaksud coretan berkenaan isu-isu semasa global. Ia adalah hasil koleksi 116 artikel karya Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia dan Kolumnis Berita Harian, yang diterbitkan oleh akhbar arus perdana Berita Harian bermula pada tahun 2009 sehinggalah Disember 2015. Antara isu-isu yang dibincangkan secara mendalam di dalam buku ini ialah berkaitan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) di Malaysia, Tragedi MH370 dan MH17, Komuniti ASEAN dan Konflik Asia Barat. Buku ini juga banyak membincangkan isu-isu domestik Malaysia dan antarabangsa. Ianya terbahagi kepada 6 Bab. Terdapat satu bab (Bab 1) khusus membicarakan berkenaan PRU-13. Peranan politik dan sosio-ekonomi Malaysia terutamanya dasar pendidikan negara dibincangkan secara mendalam di dalambuku ini (Bab 2 dan 3). Seterusnya buku ini juga mempunyai puluhan artikel yang cuba merungkai peranan Malaysia di peringkat antarabangsa dan menganalisa isu-isu semasa di peringkat Asia Tenggara, Asia Barat dan politik Islam serta global secara umumnya (Bab 4, 5 dan 6). Secara keseluruhannya, para pembaca akan dapat mengikuti wacana Malaysia dan global sepanjang beberapa tahun di samping pengetahuan dan pemahaman tentang isu-isu yang dibicarakan tersebut. Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk pembacaan umum dan para penganalisis hal ehwal Malaysia dan antarabangsa, wartawan, akademia, ahli politik serta pelajar yang mengikuti pengajian Malaysia, sains politik, hubungan antarabangsa, dan pendidikan.
TITLE : Dinamika Wacana Politik Malaysia dan Global
ISBN : 9789831008935
AUTHOR : Mohd Azizuddin Mohd Sani
PUBLISHER : UM PRESS
FORMAT: Paperback
PAGES : 372
YEAR PUBLICATIONS : 2017
LANGUAGE: Bahasa Malaysia
SUBJECT: General
WEIGHT (KG): 0.3
CONDITION: New
Pre-Order (Please email to booklinebooks@gmail.com for any inquiries)
