Tags: Autobiography

Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh

RM48.00
  • Ex Tax:RM48.00
  • Price in reward points:100
  • Brands UM Press
  • Product Code: UM13
  • Reward Points: 10
  • Availability: Pre-Order
 "Penglibatan Arshad Ayub dalam pengurusan Pendidikan bermula pada tahun 1965 apabila beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dua tahun kemudian, Kolej MARA dinaikkan taraf kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan beliau sekali la..
 "Penglibatan Arshad Ayub dalam pengurusan Pendidikan bermula pada tahun 1965 apabila beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dua tahun kemudian, Kolej MARA dinaikkan taraf kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan beliau sekali lagi diminta menerajuinya sebagai Pengarah. Arshad telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di ITM sehingga tahun 1975. Di ITM, Arshad memperkenalkan kursus-kursus profesional seperti Pengurusan Perniagaan, Sebaran Am dan Pengurusan Hartanah. Selain itu, beliau turut memperkenalkan program berkembar dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran dan pengajaran. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di ITM sehingga ke hari ini. Kecemerlangan Arshad terbukti apabila bilangan pelajar di ITM bertambah daripada 200 pelajar kepada 700 pelajar pada tahun 1975. Kini, ITM telah dinaikkan taraf sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan jumlah pelajarnya mencapai 160 000 orang dan dianggap sebagai universiti terbesar di dunia.

Meskipun telah bersara selepas berkhidmat sebagai pegawai tinggi kerajaan di pelbagai kementerian, Arshad Ayub masih lagi menyumbangkan khidmat dan bakti dalam pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di Universiti Malaya. Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan pendidikan, sosial dan ekonomi orang Melayu, beliau telah dianugerahkan pelbagai pingat kebesaran, termasuklah anugerah gelaran Tan Sri Dato’ Sri Utama Arshad Ayub.

Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim"


TITLE : Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh
ISBN : 9789831009284
AUTHOR : Hashim Yaacob, Abu Bakar Hamid, Azizah Hamzah
PUBLISHER : UM PRESS
FORMAT: Paperback
PAGES : 186
YEAR PUBLICATIONS : 2018
LANGUAGE: Bahasa Malaysia
SUBJECT: Autobiography
WEIGHT (KG): 0.3
CONDITION: New

Pre-Order (Please email to booklinebooks@gmail.com for any inquiries)

Write a review

Please login or register to review