Tags: Anthropology & Social Science

Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi dan Sosiobudaya

RM58.00
  • Ex Tax:RM58.00
  • Price in reward points:100
  • Brands UM Press
  • Product Code: UM9
  • Reward Points: 10
  • Availability: Pre-Order
Hubungan Malaysia Jepun telah berlangsung sejak beratus-ratus tahun dahulu. Apa yang berlaku sepanjang hubungan tersebut sehingga kini? Buku ini memberi jawapannya dengan menggabungkan kajian-kajian berkaitan hubungan antara kedua-dua buah negara. Pelbagai perspektif telah dianalisis dan diterjemah ..

Hubungan Malaysia Jepun telah berlangsung sejak beratus-ratus tahun dahulu. Apa yang berlaku sepanjang hubungan tersebut sehingga kini? Buku ini memberi jawapannya dengan menggabungkan kajian-kajian berkaitan hubungan antara kedua-dua buah negara. Pelbagai perspektif telah dianalisis dan diterjemah dalam buku yang bertajuk Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi & Sosiobudaya. Buku yang memuatkan sembilan artikel ini adalah kombinasi kajian oleh pakar-pakar pengajian Jepun dari Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan. Bab pertama hingga ketiga membincangkan perspektif sejarah perhubungan kedua-dua buah negara yang bermula dari migrasi nelayan Ryukyu ke Tanah Melayu, imigran Jepun di Sabah tahun 1880-1942 dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu kepada kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Bab keempat adalah dari perspektif sosiobudaya yang mengangkat tema difusi budaya popular Jepun di Malaysia. Manakala bab kelima hingga terakhir bertemakan politik dan ekonomi. Bab kelima mendedahkan tentang jatuh bangun parti politik pemerintah Jepun yang boleh dijadikan pengajaran kepada Malaysia. Bab keenam tentang Bantuan Pembangunan Rasmi Jepun (ODA), bab ketujuh tentang eksport Malaysia ke Jepun 1980-2105, bab kelapan berkenaan peranan Malaysia dan Jepun dalam proses regionalisme Asia Timur dan bab terakhir berkaitan Keselamatan Insan dan dasar luar Jepun yang menjadikan kajian kes Grant Assistance for Grass-Roots Human Security Projects di Sabah. Buku ini sarat dengan maklumat terkini, dianalisis secara kritikal dan diolah dalam bahasa yang mudah difahami. Diharapkan dengan penerbitan buku ini dapat dijadikan rujukan penting dan menambah pemahaman kepada mereka yang dahagakan pengetahuan terutamanya dalam hubungan Malaysia-Jepun.


"Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik Malaysia-Jepun – 1957-2017"


TITLE: Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi dan Sosiobudaya

ISBN: 9789831009611

AUTHOR: Asmadi Hassan Mohd Ikbal Mohd Huda

PUBLISHER: UM PRESS

FORMAT: Paperback

PAGES: 242

YEAR PUBLICATIONS: 2017

LANGUAGE: Bahasa Malaysia

SUBJECT: Anthropology & Social Science

WEIGHT (KG): 0.5

CONDITION: New


Pre-Order (Please email to booklinebooks@gmail.com for any inquiries)

Write a review

Please login or register to review