Tags: General

Budaya Harian Politik Sarawak

RM58.00
  • Ex Tax:RM58.00
  • Price in reward points:100
  • Brands UM Press
  • Product Code: UM90
  • Reward Points: 10
  • Availability: Pre-Order
Buku ini memancarkan isu-isu sosiopolitik Sarawak yang terus bergema dengan semangat zaman seawal tahun 2005 hingga berlangsungnya pilihan raya negeri Sarawak ke-10. Detik tersebut ialah pada akhir era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud yang terkenal dengan agenda politik pembangunan. Pemerintahan 3..

Buku ini memancarkan isu-isu sosiopolitik Sarawak yang terus bergema dengan semangat zaman seawal tahun 2005 hingga berlangsungnya pilihan raya negeri Sarawak ke-10. Detik tersebut ialah pada akhir era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud yang terkenal dengan agenda politik pembangunan. Pemerintahan 33 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak pula mempunyai idionsinkrasi yang tersendiri dan menarik untuk diteliti. Pada masa yang sama, isu-isu dalaman komponen Barisan Nasional Negeri Sarawak seperti konflik dalaman SUPP, SPDP, PRS turut diberikan perhatian kerana apabila isu-isu ini tidak ditangani dengan baik maka akan timbul perpecahan yang sudah dapat dijangka dalam analisis ini. Isu-isu dalam parti politik sendiri seperti penjenamaan politik, konstruksi politik cool, menegakkan hal asasi menerusi undi, kemiskinan bandaran, kesedaran politik baharu, media baharu dan implikasi kepada politik semasa, debat politik dan politik debat, memahami budaya politik tempatan kesemuanya diberikan perhatian oleh penulis. Sementelahan itu, perjuangan parti mengekalkan kerelevanan pada zaman semasa juga turut dianalisis bagi memberikan pencerahan terhadap situasi politik Sarawak khususnya dan kesannya terhadap politik Malaysia. Politik di Putrajaya juga dianalisis kerana situasi politik pusat mempunyai kepentingan tertentu terhadap politik di negeri Sarawak mahupun diSabah. Kesemua ini dianalisis secara mikro dan permasalahan yang berlaku sebelum jalan penyelesaian dicapai turut dikemukakan. Hampir semua yang dianalisis dan diramalkan didapati tepat dan benar benar berlaku. Buku ini penting dalam usaha menganalisis situasi pada era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud agar dapat memahami kesinambungan era pemerintahan seterusnya.


TITLE : Budaya Harian Politik Sarawak

ISBN : 9789831009703

AUTHOR :  AWANG AZMAN AWANG PAWI

PUBLISHER : UM Press

FORMAT: Paperback

PAGES : 266

YEAR PUBLICATIONS : 2018

LANGUAGE: Bahasa Malaysia

SUBJECT: General

WEIGHT (KG): 0.3

CONDITION: New


Pre-Order (Please email to booklinebooks@gmail.com for any inquiries)

Write a review

Please login or register to review