Tags: Architecture

Amalan Reka Bentuk Taman Sensori Berdaya Akses yang Baik

RM54.00
  • Ex Tax:RM54.00
  • Price in reward points:100
  • Brands UM Press
  • Product Code: UM5
  • Reward Points: 10
  • Availability: Pre-Order
"Amalan Reka Bentuk Taman Sensori: Berdaya Akses yang Baik adalah hasil kajian selama sepuluh tahun, antara Januari 2006 hingga Disember 2015. Buku ini ditambah baik daripada Taman Sensori untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (2013) dengan rujukan terbaru kod amalan reka bentuk sejagat dan kebolehcap..

"Amalan Reka Bentuk Taman Sensori: Berdaya Akses yang Baik adalah hasil kajian selama sepuluh tahun, antara Januari 2006 hingga Disember 2015. Buku ini ditambah baik daripada Taman Sensori untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (2013) dengan rujukan terbaru kod amalan reka bentuk sejagat dan kebolehcapaian dalam alam bina mengikut Standard Malaysia, cadangan spesies tumbuhan tropika yang sesuai dan kurang sesuai untuk taman sensori serta contoh-contoh reka bentuk taman sensori yang pernah dikunjungi sewaktu kajian kes awalan. Penambahbaikan tersebut amat penting dalam memberikan impak kepada kesinambungan tema.


Buku ini juga memperkenalkan taman sensori pertama di Malaysia, iaitu Taman Stimulasi Sensori Terapeutik di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Taman ini menjadi tapak kajian kes dalam kerjasama penyelidikan antara Universiti Malaya dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pembaca juga disajikan dengan usaha-usaha kolaborasi lain yang dijalankan bagi menyediakan taman sensori terapeutik demi kesejahteraan dan kesihatan masyarakat sejagat.


Penemuan penting daripada kejayaan dan kegagalan taman-taman sensori yang dilawati di United Kingdom, Singapura, Hong Kong dan Switzerland menghasilkan cadangan am bagi mereka bentuk sebuah taman sensori yang boleh diguna pakai dalam konteks Malaysia. Walaupun cadangan tersebut adalah khusus buat arkitek landskap, tetapi akan turut membantu arkitek dan pereka/perancang bandar, pembuat dasar serta komuniti dalam usaha mereka bentuk taman sensori pada masa depan."



TITLE : Amalan Reka Bentuk Taman Sensori Berdaya Akses yang Baik
ISBN : 9789831008904
AUTHOR : Hazreena Hussein, Md Nasir Daud
PUBLISHER : UM PRESS
FORMAT: Paperback
PAGES : 122
YEAR PUBLICATIONS : 2017
LANGUAGE: Bahasa Malaysia
SUBJECT: Architecture
WEIGHT (KG): 0.2
CONDITION: New


Pre-Order (Please email to booklinebooks@gmail.com for any inquiries)

Write a review

Please login or register to review