Tags: Research

Metodologi Penyelidikan Sains Sosial

RM38.00
  • Ex Tax:RM38.00
  • Price in reward points:100
  • Brands UM Press
  • Product Code: UM50
  • Reward Points: 10
  • Availability: Pre-Order
Penyelidikan sains sosial umumnya melibatkan gelagat manusia dalam kelompok masyarakatnya. Walaupun pada asasnya pengkaji boleh memerhati dan menilai gelagat manusia tadi menggunakan pelbagai metod kajian dan disahkan pula dengan analisis statistik, bagaimanapun adakalanya dapatan tadi menyimpang ke..

Penyelidikan sains sosial umumnya melibatkan gelagat manusia dalam kelompok masyarakatnya. Walaupun pada asasnya pengkaji boleh memerhati dan menilai gelagat manusia tadi menggunakan pelbagai metod kajian dan disahkan pula dengan analisis statistik, bagaimanapun adakalanya dapatan tadi menyimpang kerana banyak isu bias dan ralat yang berlaku. Buku ini, tidak seperti kebanyakan buku pengantar metodologi lain, cuba membawa pembaca dengan perspektif baru mengenai bagaimana kajian yang baik tidak hanya bergantung kepada topik penelitian yang bermanfaat, tetapi mestilah disandarkan kepada usaha mengelak bias yang sering berlaku dalam penyelidikan yang adakalanya tidak disedari oleh penyelidik. Beberapa aspek baru yang jarang dihuraikan dalam buku metodologi penyelidikan tempatan misalnya longitudinal, kaedah kajian pelbagai tahap, kajian diari dan juga common method variance cuba diperkenalkan oleh penulis. Ia dihuraikan dengan bahasa yang mudah serta contoh contoh yang relevan agar dapat difahami oleh penyelidik yang baru berjinak-jinak dengan penelitian ilmu sains sosial. Buku ini boleh dijadikan panduan oleh ahli akademik, penyelidik dan pelajar universiti untuk memahami apakah sebenarnya sifat kajian berkualiti yang tidak hanya bergantung kepada topik yang baik, tetapi metod yang diguna pakai mestilah relevan dengan konteks kajian itu.


TITLE: Metodologi Penyelidikan Sains Sosial

ISBN: 9789674880156

AUTHOR:  Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad, R Zirwatul Aida R Ibrahim

PUBLISHER: UM PRESS

FORMAT: Paperback

PAGES: 106

YEAR PUBLICATIONS: 2018

LANGUAGE: Bahasa Malaysia

SUBJECT: Research

WEIGHT (KG): 0.2

CONDITION: New


Pre-Order (Please email to booklinebooks@gmail.com for any inquiries)

Write a review

Please login or register to review