SUARA DARI DINDING DEWAN: SEBUAH KUMPULAN PUISI ANTARA DUA ABAD

RM33.00
  • Ex Tax:RM33.00
  • Price in reward points:500
  • Brands UTUSAN
  • Product Code: LIT3
  • Reward Points: 35
  • Availability: In Stock
SUARA DARI DINDING DEWAN: SEBUAH KUMPULAN PUISI ANTARA DUA ABADANTOLOGI istimewa ini mempertemukan sebahagian daripada puisi A. Samad Said yang terhasil antara dua abad mutakhir ini. Sebilangan besarnya belum pernah tersiar di mana-mana media, mahupun terhimpun dalam mana-mana antologi, menjadikan t..

SUARA DARI DINDING DEWAN: SEBUAH KUMPULAN PUISI ANTARA DUA ABAD


ANTOLOGI istimewa ini mempertemukan sebahagian daripada puisi A. Samad Said yang terhasil antara dua abad mutakhir ini. Sebilangan besarnya belum pernah tersiar di mana-mana media, mahupun terhimpun dalam mana-mana antologi, menjadikan terbitan ini edisi eksklusif. Suara dari Dinding Dewan lahir daripada inti rasa dan gerunnya akan pembangunan yang kurang berimbang; benci dan kasihnya terhadap pemimpin yang gusar; gamam dan fahamnya akan peristiwa mencerut dan meledak; goyah dan marahnya akan nasib bahasa yang separuh terbela separuh tercerca; resah dan bahagianya di alam rohaniah; serta hanyut dan kembaranya dalam pelbagai masalah luar dan dalam negara. Sebagaimana selalu, puisi Samad banyak dicerna daripada peristiwa-peristiwa penting dan genting, tokoh-tokoh sasa dan jelata, dan puncak krisis tempatan dan dunia.


TITLE : SUARA DARI DINDING DEWAN: SEBUAH KUMPULAN PUISI ANTARA DUA ABAD

ISBN :   9789676114501

AUTHOR :  A. SAMAD SAID

PUBLISHER :  UTUSAN

PAGES :  139

YEAR PUBLICATIONS : 2003

WEIGHT : 0.32 KG

Write a review

Please login or register to review