Tags: Islamic Novel
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Sultan Muhamad al-Fateh
dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia
pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan
Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya
bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21
tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453
bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah. Kota Konstantinopel yang kini
dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua
Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota
Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan
Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana
percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan
oleh orang Islam.
TAJUK: SULTAN MUHAMMAD
AL-FATEH
ISBN: 9789671524343
PENGARANG: ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT: LATIP DAN KELUARGA
ENTERPRISE
MUKA SURAT: 324MS
TAHUN TERBITAN: 2008
BERAT PENGHANTARAN: 0.3KG
BAHASA: BAHASA MELAYU
