TAKDIR: CAHAYA YANG TIDAK TERPADAM
TAKDIR: CAHAYA YANG TIDAK TERPADAM
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah padam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau' Chinmayi juga begitu. Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan meeka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun, bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan Kota 'Hijau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia. [ Buku ini adalah novel pertama daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri, Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa. Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.
TITLE : TAKDIR: CAHAYA YANG TIDAK TERPADAM
ISBN : 9789830972862
AUTHOR : HILAL ASYRAF
PUBLISHER : GALERI ILMU
PAGES : 534
YEAR PUBLICATIONS : 2011
WEIGHT : 0.41 KG
