Tags: Islamic Novel
SALMAN AL-FARISI
Salman Al-Farisi asalnya seorang beragama Majusi yang kemudian memeluk agama Nasrani. Beliau telah pergi ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari kebenaran. Ketika mula masuk Islam, Salman menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah menganjurkan sahabat agar membebaskan. Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi. Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasullulah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.
TAJUK: SALMAN AL-FARISI
ISBN: 9789671460634
PENGARANG: ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT: LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE
MUKA SURAT: 227MS
TAHUN TERBITAN: 2017
BERAT PENGHANTARAN: 0.3KG
BAHASA: BAHASA MELAYU
