MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA

RM35.00
  • Ex Tax:RM35.00
  • Price in reward points:500
  • Brands UTUSAN
  • Product Code: MTV5
  • Reward Points: 35
  • Availability: In Stock
MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDABuku ini merupakan sebahaian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam kolum tetap beliau "Pena Mufti" di Mingguan Malaysia yang bermula sejak 11 Mac 2007. Tulisan-tulisan beliau saban minggu telah menarik perhatian setiap lapisan masyarakat dalam n..

MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA

Buku ini merupakan sebahaian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam kolum tetap beliau "Pena Mufti" di Mingguan Malaysia yang bermula sejak 11 Mac 2007. Tulisan-tulisan beliau saban minggu telah menarik perhatian setiap lapisan masyarakat dalam negara ini daripada peringkat atasan sehingga rakyat bawahan. Hal ini kerana pemikiran perubahan yang segar lagi berani disajikan menerusi rencana-rencana tersebut secara mantap mempengaruhi minda pembaca. Ia membawa pembaca melihat sesuatu daripada dimensi yang luas dan pelbagai. Namun, apa yang menjadi kekuatan tulisan-tulisan tersebut ialah teras dan kaedah penghujahan yang dikemukakan. Sehingga banyak yang diketengahkan itu menjadi bahan perbincangan di segenap lapisan masyarakat.

Walaupun kadangkala terdapat pro dan kontra, tetapi akhirnya ramai yang akur kebernasan hujah dan pemikiran yang ditampilkan. Ramai pembaca yang telah mengumpulkan sendrii rencana-rencana tersebut sebagai bahan rujukan. Atas permintaan yang begitu tinggi daripada mereka, maka sebahagian rencana tersebut dibukukan dan diberikan judul Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Himpunan rencana ini menyentuh pelbagai topik dan isu mengenai pegangan masyarakat, pembangunan minda dan ekonomi, hiburan dan seni, politik dan pentadbiran juga pelbagai lagi. Kecenderungan rencana-rencana ini ialah mengubat  kelemahan cara fikir, kejumudan, keterbabasan sikap dan mentaliti serta penyelewengan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dengan bahasa yang sinis, tegas, memujuk dan puitis, penulis cuba menyampaikan mesej daripada pemikiran yang bernas.



TITLE : MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA

ISBN :   9789676121578

AUTHOR :  MOHD ASRI B. ZAINUL ABIDIN

PUBLISHER :  UTUSAN

PAGES :  400

YEAR PUBLICATIONS : 2008

WEIGHT : 0.48 KG


Write a review

Please login or register to review