Tags: Computer, Programming
ASAS PENGATURCARAAN C BAGI BEGINNER
ASAS PENGATURCARAAN C BAGI BEGINNER
Bahasa C adalah satu bahasa pengaturcaraan yang berkuasa. Di dalam dunia teknologi maklumat yang dinamik, bahasa pengaturcaraan wujud dengan pantas dan kemudian menjadi usang kerana tidak digunakan. Tetapi bahasa C masih kekal menjadi pilihan dan menjadi salah satu mata pelajaran di kebanyakan universiti tempatan dan antarabangsa. Kebanyakan bahasa-bahasa pengaturcaraan dibangunkan atau mengambil konsep daripada bahasa C seperti C++ dan JAVA. Ini bermakna, mempelajari C, anda akan lebih mudah memahami bahasa yang lain.
Buku ini mengandungi penerangan mengenai konsep asas yang diperlukan di dalam mempelajari pengaturcaraan C. Setiap bab akan mempunyai contoh program. Penerangan akan diberikan bagi setiap arahan di dalam program tersebut. Terdapat juga tip-tip yang akan menjadi nilai tambah bagi memahirkan lagi anda dengan teknik pengatucaraan. Selain dari itu, buku ini juga mempunyai latihan-latihan yang membolehkan anda mencuba sendiri tajuk-tajuk yang diterangkan.
TITLE :
ISBN : 9789675065637
AUTHOR : SYAMSUL HALIM BIN WAHAB
PUBLISHER : VENTON
PAGES : 218
YEAR PUBLICATIONS : 2009
WEIGHT : 0.47 KG
