Tags: Autobiography
Tun Sir Henry Lee Hau Shik: Ahli Tokoh Perniagaan dan Tokoh Politik
"Lee Hau Shik (1901-1988) atau lebih dikenali sebagai H.S. Lee merupakan salah seorang pengasas Malayan Chinese Association (MCA) dan terlibat secara langsung dalam pembentukan Parti Perikatan, iaitu Barisan Nasional hari ini. Beliau juga merupakan Menteri kewangan yang pertama bagi Tanah Melayu yang baru merdeka. Lahir di Hong Kong dan lulusan University of Cambridge, Lee tiba di Tanah Melayu pada usia 24 tahun untuk meneroka perniagaan keluarganya dalam perlombongan bijih timah. Beliau kemudian muncul sebagai seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan satu-satunya orang Cina yang mewakili Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan dengan British. Buku ini bukan hanya sebuah biografi politik H.S. Lee, tetapi juga merupakan satu kajian sejarah perniagaan dalam kajian perniagaan keluarga yang merentasi tiga generasi. Beberapa bidang industri yang kita lihat hari ini di Malaysia adalah milikan keluarga Lee suatu masa dahulu. Sesungguhnya, buku ini turut mencatatkan detik-detik penting dalam sejarah Malaysia serta membantu pembaca memahami sifat dan jenis kepimpinan yang berbeza dalam masyarakat Cina di Tanah Melayu."
TITLE: Tun Sir Henry Lee Hau Shik: Ahli Tokoh Perniagaan dan Tokoh Politik
ISBN: 9789674880064
AUTHOR: Tan Miau Ing
PUBLISHER: UM PRESS
FORMAT: Paperback
PAGES: 388
YEAR PUBLICATIONS: 2018
LANGUAGE: Bahasa Malaysia
SUBJECT: Autobiography
WEIGHT (KG): 0.5
CONDITION: New
Pre-Order (Please email to booklinebooks@gmail.com for any inquiries)
