AKHLAK ORANG MUKMIN YANG DITAKUTI SYAITAN

RM9.45

RM13.50

  • Ex Tax:RM9.45
  • Price in reward points:500
  • Brands Pustaka Ilmi
  • Product Code: RAS56
  • Reward Points: 35
  • Availability: In Stock
AKHLAK ORANG MUKMIN YANG DITAKUTI SYAITANTugas utama syaitan adalah meniup api kemungkaran dalam kehidupan seseorang. Berbagai cara pendekatan yang mereka lakukan untuk menjerumuskan bani adam ke lembah kehancuran. Mereka menggoda, merayu, membisikkan kejahatan serta menjadikan kebajikan sebagai sua..

AKHLAK ORANG MUKMIN YANG DITAKUTI SYAITAN

Tugas utama syaitan adalah meniup api kemungkaran dalam kehidupan seseorang. Berbagai cara pendekatan yang mereka lakukan untuk menjerumuskan bani adam ke lembah kehancuran. Mereka menggoda, merayu, membisikkan kejahatan serta menjadikan kebajikan sebagai suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan, sedangkan dosa dan noda bagaikan permata berkilau indah untuk dimiliki. Dalam merealisasikan impian dan wawasan, mereka merujuk kepada kelemahan-kelemahan manusia yang berbentuk kemewahan hidup, gejolak hawa nafsu dan sebagainya.

Insan yang cemerlang dalam imannya tidak menjual agama mereka dengan harga yang murah. Rayuan iblis dan syaitan disingkirkan dengan berbagai aktiviti amalan dan akhlak terpuji, sehingga diri mereka terselamat dari terjerumus ke lembah maksiat. Syaitan laknatullah akan tersungkur dan menangis jika umat Islam berpegang teguh dengan amalan zahir dan batin. Mereka memupuk kalbu dengan sifat ikhlas dan menjauhkan diri dari sifat riyak, kemudian menghiasinya dengan sabar, syukur, taubat, tawakkal, zuhud, khauf, mahabbah serta redha atas ketetapan Allah SWT. Semoga buku ini dapat memberikan ilmu tentang akhlak-akhlak terpuji yang dapat mengusir syaitan daripada menguasai hati manusia, sehingga terselamat dari gangguan dan rayuannya.


TITLE : AKHLAK ORANG MUKMIN YANG DITAKUTI SYAITAN

ISBN :   9789830982892

AUTHOR :  ASY SYIBLI SULAIMAN

PUBLISHER :  PUSTAKA ILMI

PAGES :  197

YEAR PUBLICATIONS : 2000 

WEIGHT : 0.23 KG

Write a review

Please login or register to review