Tags: Management

INTEGRITI PENINGKATAN KUALITI ORGANISASI

RM18.00
  • Ex Tax:RM18.00
  • Price in reward points:500
  • Brands UTUSAN
  • Product Code: MGT3
  • Reward Points: 35
  • Availability: In Stock
Buku ini memfokuskan aspek Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) berdasarkan konsep TQM dimensi kemanusiaan yang melihat kepada dimensi tingkah laku atau sosial yang terdapat di setiap organisasi. Penulis memulakan perbincangan dengan mengetengahkan pelbagai definisi, elemen, dan teori yang berkisar t..
Buku ini memfokuskan aspek Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) berdasarkan konsep TQM dimensi kemanusiaan yang melihat kepada dimensi tingkah laku atau sosial yang terdapat di setiap organisasi. Penulis memulakan perbincangan dengan mengetengahkan pelbagai definisi, elemen, dan teori yang berkisar tentang integriti. Seterusnya, kupasan secara detail menjurus kepada elemen-elemen TQM dimensi kemanusiaan yang terdiri daripada pembentukan visi, misi dan matlamat, kepemimpinan, latihan, budaya, pembentukan pasukan, komunikasi, dan pengiktirafan. Setiap topik dan subtopik yang dikemukakan turut didukung dengan model teori dan hujah para cendekiawan dunia.

Bagi mempertingkatkan kualiti dan integriti organisasi, penulis menyertakan dua instrumen kajian iaitu "instrumen Budaya Kerja Beretika (mengukur jenis budaya kerja sesebuah organisasi)" dan "Instrumen Iklim Proses Organisasi (mengukur dan menjelaskan empat jenis iklim organisasi dalam 17 dimensi iklim)". Kesemua aspek yang dikemukakan diyakini dapat mempertingkatkan kualiti dan integriti sesebuah organisasi selaras dengan keperluan masa kini. TQM membentuk tradisi kerja yang anjal, semangat kerja berpasukan, persekitaran organisasi berteraskan persetujuan bersama, dan pembentukan nilai kepercayaan yang tinggi. Justeru, TQM merupakan model kepada disiplin pengurusan yang berteraskan nilai kemanusiaan daripada hubungan sosial yang mantap.


TITLE :  INTEGRITI PENINGKATAN KUALITI ORGANISASI

ISBN :  9789676121929

AUTHOR :  MUMTAZ BEGAM ABDUL KADIR

PUBLISHER :  UTUSAN

PAGES :  174

YEAR PUBLICATIONS :  2009

WEIGHT :  0.22 KG

Write a review

Please login or register to review