Tags: Art & Culture
Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia
Hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan tradisi yang telah lamadiasaskan atas nilai sepunya dari sudut rumpun bangsa atau leluhur yang sama.Malah, kedua-dua negara yang merupakan sumbu Dunia Melayu pada suatu ketika dahulu mempunyai persamaan dari sudut adat, agama, bahasa, carahidup dan budaya yang pernah dikongsi bersama. Namun sejak akhir-akhir ini, hubungan antara Malaysia dan Indonesia sering kali mengalami pasang surutdalam menghadapi cabaran pelbagai peringkat. Hal ini adalah disebabkan olehkurangnya pemahaman dan pendedahan terhadap sejarah hubungan serumpunyang pernah dibina bersama. Oleh itu, buku ini dihasilkan dalam usaha untukmembincang dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam pelbagai aspek seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiobudaya dan sebagainya dari dahulu hingga ke hari ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan semula semangat keserumpunan yang pernah dibina suatu ketika dahulu. Buku Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia yang mengandungi 20 bab ini menyentuh tentang beberapa aspek keserumpunan antara Malaysia-Indonesia. Buku ini disusun berdasarkan tematik-kronologi yang meliputi asal usul terbinanya hubungan awal antara kerajaan-kerajaan Melayu, aspek politik, ekonomi, agama dan sosial termasuk isu kontemporari yang boleh dijadikan panduan kepada para pembaca hari ini. Semoga segala ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kedua-dua buah negara seterusnya memperkayakan lagi tradisi keilmuan di Malaysia dan Indonesia."
TITLE: Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia
ISBN: 9789831009710
AUTHOR: Arba’iyah Mohd Noor
PUBLISHER: UM PRESS
FORMAT: Paperback
PAGES: 442
YEAR PUBLICATIONS: 2018
LANGUAGE: Bahasa Malaysia
SUBJECT: Art & Culture
WEIGHT (KG): 1.2
CONDITION: New
Pre-Order (Please email to booklinebooks@gmail.com for any inquiries)